Friday, July 30, 2010

2010

Assalamualaikum to all...

2010 merupakan tahun yang sungguh menyeramkan untuk aku. Aku tidak suka tahun ini kerana pelbagai hal telah berlaku. Seribu satu persoalan yang bermain di minda ini. Adakah impian aku akan tercapai buat kali ini. Halangan demi halangan terpaksa jua ku tempuh tapi ada sesuatu yang benar-benar menghalang kehidupanku.

Friday, September 4, 2009

shhhh...!!!

bulan ramadhan adalah bulan yang mulia. ramai yang mengatakan bulan ini adalah bulan rezeki.. aku tidak menafikannya mahupun ingin mempertikaikan keseluruhan yang diperkatakan... hmmm...nafas dihela, pemikiran aku melayang...

kebelakangan ini, aku teringat pada kisah yang lalu..entah mengapa aku seperti sayu saja.. arhhhh, itu semua mainan dunia... sebenarnya pada hari ini kawan2 aku seuitm akan berbuka bersama2. dila ajak aku tapi yerlah aku nie segan sikit.. maklum aja lama tak jumpa diorang... tetiba lak sedangkan aku nie jenis open.. hmmm...

K LAH, SELAMAT BERPOSA DAN SELAMAT BERBUKA. AKU TAU ADA YANG BUKAK BLOG AKU NIE TAPI PEMALU SANGAT NAK BAGI KOMEN. APA2 PUN, SELAMAT BERJAYA DALAM HIDUP KORANG. MUAHHH...

Tuesday, July 28, 2009

HATI KECILKU

SUDAH HAMPIR DUA TAHUN AKU BERADA DI SINI TAPI SEMUANYA MACAM TUTTTTTT... HARAP MAKLUMLAH KENGKAWAN.. BUKAN NYER AKU TAK NAK BAGITAU TAPI INILAH YANG DIKATAKAN BILA HATI DAH BENCI, SEMUA MACAM KELDAI...

SEBENARNYA BILA TAK PUAS HATI DENGAN MANAGEMENT, GITULAH GAMAKNYA. BUKANNYA NIAT DI HATI HENDAK MEMBUKA PEKUNG DIDADA TAPI GERAM SESANGAT. GAJI KALAU BANYAK TAK PERLER INI IDOK. TAPI BILA KENANG2 BALIK, SEMUA ITU TINGGAL KENANGAN PAHIT JER...

K LAH, RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL

Thursday, July 9, 2009

kisah satu malam

ASSALAMUALAIKUM KAWAN2...
HARI NIE BETUL2 MENGUJI KESABARAN AKU YANG MEMANG TAK SABAR.. MAKLUMLAH NAMANYA PUN MANUSIA.. KADANG2 AKU BOLEH BERFIKIR SECARA RASIONAL DAN KADANG2 SUKA HATI AKU JER.. BAHAYAKAN.. BUT AS TIME GOES BY, I LEARNED FROM PEOPLE AROUND ME CUMA BUAT MASA NIE ORANG SEKELILING MACAM MENGERIKAN SIKIT.. AKU TAK BOLEH NAK MASYUK SANGAT MUNGKIN SEBAB HATI AKU TAK DER KAT SITU DAH..
DULUKAN AKU NIE JENIS BENDUL.. APA ORANG SURUH AKU BUAT. BUKAN APA TAK NAK HILANG KAWANLAH KATAKAN TAPI AKU SILAP, AKU AKAN MUDAH KENA TINDAS.
TAH KENAPA LATELY AKU NIE JADI "JAHAT" SIKIT... MMM, KENAPA TU EK... SEBAB AKU LETIH MELAYAN. SO AKU BUAT PERANGAI.. IN ANOTHER WORDS, AKU TAK NAK ORANG RAPAT NGAN AKU. MESTI LEPAS TU AKU KENA GOSSIP.. NAK BUAT CAMNER, MULUT MANUSIA TAK LEH TUTUP.. KORANG JANGAN TERASA PULAK.. AKU MEMANG MACAM NIE.. MAIN LEPAS JER CAKAP.. TAU2 MENYESAL. PADAN MUKA!
SEKARANG PUN DAH TERKENA.. LAGI PADAN MUKA. HUHH.. NAK BUAT CAMNER.. TAHI KAMBING DAH JADI BULAT.. KISAHNYA, BILA HATI TAK KE SITU, AKU JADI "KAU PEDULI APA". SEBENARNYA AKU BUAT SEMUA NIE ADA SEBAB. AKU TAK NAK SIMPAN KENANGAN. BIAR ORANG TAK INGAT KAT AKU. DALAM HATI TUHAN YANG TAU.
KUPOHON BUAT SEMUA YANG BACA BLOG AKU NIE.. MAAFKAN AKU, AKU LAKUKAN SEMUA DENGAN SENGAJA.

Wednesday, July 8, 2009

kerana mulut, semua binasa

hari ini dalam sejarah.. tidak pernah aku dapat satu tanggapan orang yang begitu mengaibkan. bagi aku itu kata orang. yang penting aku tau sapa aku dan diri aku sentiasa aku jaga...
saban hari aku mengharungi cubaan dan jua cemuhan dari intipan mulut namun itu hanyalah dugaan tika aku hidup. tempuhilah dengan bijak. kebijaksanaan dalam pelajaran tidak bermakna kita adalah seorang yang bijak. kata2 itu masih lagi terkepil di kotak mindaku. bos aku pernah menasihati aku, walau apapun terjadi, kita kena tabah dan minta bantuan darinya..
kadang2 kita kena be open dalam segala hal cuma apabila kita berpijak ke dunia yang dipelopori dengan orang yang tidak pernah nak open, kita selalu disalah ertikan. bagi aku, aku cakap memang lepas, tapi apa betul kah apa yang aku cakap itu akan aku lakukan.
apa2 pun yang penting kejayaan sedang menunggu aku di luar sana.

kerja..kerja..kerja

aku memang suka kerja.. tetapi menarik ker kerja tu... aku pernah kena tindas sebab tak bekerja tetapi mereka tak sedar aku ada segulung paper... paper apakah itu.. shhhh rahsia. hidup aku penuh dengan rahsia. bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah. apa yang aku lalui terlalu pahit hendak dikongsi. liku2 kehidupan aku banyak membuat aku terfikir. dalam sibuk2 tu, aku sempat gak usha orang.
bukan susah nak usha maklumlah aku nie pemarah.. eh silap.. pemurah.. eh lagi silap.. peramah.. betullll.. apa yang penting jadi peramah...hahah.. orang yang aku paling suka adalah orang yang orang lain tak suka.. suka trill lah katakan... trill sangat ker.. semuanya aku jawab kan.. itulah aku suka sangat bermonolog dalaman.
di ofis baru2 nie aku kena tangkap muat.. macam artis. bezanya aku tak tutup mukalah.. aku cuma "open". hmmmm.. apa2 pun aku tetap aku. aku baik pulak ngan orang, orang kata apa tau, ada apa2 ker.. macam biasalah aku cakap, suka hati akulah.. aku nyer diri, kau peduli apa... tension kalau orang dengar tapi itulah aku... suka buat benda yang orang lain tak berapa nak suka lah.
anyway, aku kenal sorang minah nie.. dia jadi kegilaan lelaki malaya kat tempat kerja. bagi aku kalau dah ada rupa.. fizikal ok.. biasalah tu tapi kan, kat ofis aku tu memang banyak buaya. pantang nampak cun sikit, asyik accident jer.. sedau2 lah diri... sejak dua 50 menjak nie kawan ngan orang melaka, hancus aku... jangan marah orang hang tuah..
mmm, aku nak citer pasal adik sorang nie.. yerlah nak tambah glamor dia...

berbaloikah pengorbanan

selama setahun lamanya aku telah mengabdikan hidup ini. aku menjadi kusut tatkala aku mencari dimanakah silapku. setiap detik aku menangisi tetapi tiada siapa yang tahu. hatiku meruntun hampir setiap malam untuk mendapatkan yang terbaik buat semua tetapi percaya atau tidak aku semakin runsing.
hati remuk dengan kehidupan tetapi aku tegar untuk teruskan tanpa berfikir adilkah kehidupan yang aku intai selama ini. pasrah..pasrah...